Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak menjangkakan tunjuk perasaan terhadap undang-undang kerakyatan baharu yang melanda seluruh negara itu dan kini bertungkus lumus mengawal keadaan, menurut ahli parti pemerintah.
Dalam cabaran terbesar Modi, sejak mengambil alih jawatan pada 2014, ratusan ribu membantah undang-undang menawarkan kerakyatan terhadap minoriti bukan Muslim dan sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam pertempuran dengan polis.
Rata-rata pemimpin parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) terkejut dengan tamparan itu, kata beberapa ahli parti. Katanya, mereka bersedia untuk kemarahan penduduk Muslim tetapi bukan tunjuk perasaan meluas sehingga melumpuhkan bandar-bandar besar selama dua minggu.
Kini, parti dan kerajaan cuba mendapatkan bantuan untuk meredakan krisis daripada sekutu dan seteru yang diketepikan, ketika undang-undang itu diluluskan, awal bulan ini, kata sumber terbabit.
“Saya memang tidak menjangka tunjuk perasaan ini,” kata pembuat dasar dan timbalan menteri persekutuan, Sanjeev Balyan. - Reuters
26 Disember 2019 - 18:02
News ID: 996707
Kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak menjangkakan tunjuk perasaan terhadap undang-undang kerakyatan baharu yang melanda seluruh negara itu dan kini bertungkus lumus mengawal keadaan, menurut ahli parti pemerintah.