Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

29 Februari 2020

6:20:28 PTG
1013980

A.S Undur Tentera Secara Sepenuhnya Dari Afghanistan

Selepas hampir dua dekad beperang, Amerika Syarikat dan Taliban telah menandatangani satu perjanjian yang bertujuan membuka jalan bagi pengunduran tentera A.S dari bumi Afghanistan secara mutlak.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Selepas hampir dua dekad beperang, Amerika Syarikat dan Taliban telah menandatangani satu perjanjian yang bertujuan membuka jalan bagi pengunduran tentera A.S dari bumi Afghanistan secara mutlak.

Pegawai A.S dan perwakilan Taliban pada hari Sabtu menandatangani perjanjian muktamad selepas rundingan yang memakan masa beberapa bulan di ibu kota Qatar, Doha untuk menamatkan perang terpanjang Washington.

Setiausaha Negara A.S Mike Pompeo, yang sebelum ini tiba di Doha, turut hadir menyaksikan para pegawai terbabit menandatangani perjanjian itu.

Taliban di dalam perjanjian itu bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan al-Qaeda dan kumpulan pengganas lain. Selain daripada itu, mereka juga akan memulakan rundingan damai dengan kerajaan Afghanistan.

Sebagai balasan, Washington pula berjanji untuk memulakan proses pengunduran pasukan tentera mereka dari Afghanistan.

Mohammed Naeem, wakil Taliban di Doha, menyifatkan perjanjian itu sebagai "langkah ke hadapan."

Mengulas mengenai perjanjian itu, seorang lagi pegawai kanan Taliban pula berkata bahawa A.S terpaksa berundur dari negara Afghanistan selepas mengalami kekalahan yang memalukan di tangan kumpulan militan di seluruh Afghanistan khususnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -Agensi