Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian
Jumaat

17 November 2023

8:05:47 PTG
1412538

Blinken gesa tindakan segera Israel henti keganasan peneroka di Tebing Barat

SAN FRANCISCO: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, semalam menggesa Israel bertindak segera bagi menghentikan keganasan peneroka terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller, berkata gesaan Blinken itu disuarakan melalui panggilan telefon bersama Beeny Gantz, pemimpin pembangkang yang menyertai Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Miller berkata, Blinken turut menekankan keperluan mendesak bagi pelaksanaan langkah afirmatif untuk mengurangkan ketegangan di Tebing Barat, termasuk membabitkan peningkatan keganasan pelampau peneroka Israel.

"Dalam aspek peperangan pula, Blinken dengan Gantz membincangkan usaha menambah dan mempercepatkan transit bantuan kritikal kemanusiaan kritikal ke Gaza," katanya.

342/