18 Ogos 2018 - 14:24
A.S Cuba Halang Pemodenan Tentera Filipina: Duterte

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengecam sekutu rapat mereka, Amerika Syarikat kerana percubaan Washington untuk menghalang proses pemodenan tentera negaranya melalui pembelian kapal selam Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengecam sekutu rapat mereka, Amerika Syarikat kerana percubaan Washington untuk menghalang proses pemodenan tentera negaranya melalui pembelian kapal selam Rusia.

"Adakah itu caranya kamu memperlakukan sekutu dan kamu mahu kita duduk bersama-sama untuk sepanjang masa? Siapakah anda untuk memberi amaran kepada kami?" Katanya di dalam sebuah majlis di kediamannya di Davao pada hari Jumaat. Beliau juga berkata bahawa jika Filipina membeli sebuah kapal selam dari Amerika Syarikat, ia mungkin akan "meletup, seperti helikopter" yang pernah dibeli oleh Manila daripada negara Barat itu.

Duterte turut menuduh Washington hanya membekalkan kelengkapan ketenteraan terpakai buat Manila.

Kritikan tajam pemimpin Filipina itu datang sehari selepas Setiausaha Pertahanan A.S berhubung Hal Ehwal Keselamatan Asia dan Pasifik, Randall Schriver memberi amaran kepada Manila untuk tidak membeli kapal selam Rusia.

/315