24 Januari 2020 - 19:18
Warga Syria Lancar Protes Bantah Pembinaan Turbin Angin Oleh Rejim Zionis

Penduduk Tebing Golan, Syria telah mengadakan bantahan terhadap rancangan Israel untuk memasang turbin angin di wilayah yang diduduki rejim sambil berkata bahawa tindakan itu akan membuka ruang buat Tel Aviv bagi merampas lebih banyak tanah daripada mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penduduk Tebing Golan, Syria telah mengadakan bantahan terhadap rancangan Israel untuk memasang turbin angin di wilayah yang diduduki rejim sambil berkata bahawa tindakan itu akan membuka ruang buat Tel Aviv bagi merampas lebih banyak tanah daripada mereka.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan bahawa peserta tunjuk perasaan berhimpun di Majdal Shams pada hari Jumaat dan menegaskan bahawa mereka akan terus mempertahankan hak ke atas tanah mereka.

Tel Aviv merancang untuk memasang 46 buah turbin angin di kawasan seluas 6,000 ekar yang merangkumi Majdal Shams, Ein Qiniyye, Buq'ata dan Mas'ade di Golan, baca laporan itu.

Penunjuk perasaan berkata projek dilancarkan bagi merampas lebih banyak harta warga Syria.

Israel merampas Tebing Golan dari Syria selepas Perang Enam Hari tahun 1967 dan kemudian menjajahinya dalam satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. -Agensi