Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Ulama terkemuka Iraq, Muqtada Sadr menyeru warga negara itu untuk kembali menjalani kehidupan normal dan menggesa para pengikutnya untuk membantu pasukan keselamatan membersihkan jalan raya yang dihalang akibat protes yang berterusan di negara Arab tersebut.
Seruan Sadr tersebut dibuat beberapa jam selepas Presiden Barham Salih menamakan Mohammed Tawfiq Allawi sebagai perdana menteri sementara negara tersebut dalam usaha mengakhiri kekelutan politik yang melatarbelakangi Iraq selama beberapa bulan lepas.
Ulama itu pada hari Ahad mendesak penyokongnya yang tidak bersenjata untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan sekolah dan perniagaan dapat beroperasi secara normal sekali lagi. -Agensi
2 Februari 2020 - 18:35
News ID: 1007259
Ulama terkemuka Iraq, Muqtada Sadr menyeru warga negara itu untuk kembali menjalani kehidupan normal dan menggesa para pengikutnya untuk membantu pasukan keselamatan membersihkan jalan raya yang dihalang akibat protes yang berterusan di negara Arab tersebut.