Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Arab Saudi dilaporkan telah menunjukkan minat untuk membeli perluru berpandu jarak jauh berketepatan tinggi buatan Israel, Spike selari dengan usaha Riyadh untuk menormalkan hubungan mereka dengan rejim Tel Aviv.
Akhbar al-Araby al-Jadeed yang berpangkalan di London, memetik laporan yang diterbitkan oleh majalah ketenteraan Israel berbahasa Hebrew yang melaporkan pada hari Isnin bahawa syarikat Israel, Rafael Advanced Defence Systems yang menghasilkan perkakasan tentera sedang berusaha untuk mendapatkan permit yang diperlukan dari pihak berkuasa rejim melalui anak syarikatnya di Eropah - Euro Spike - untuk mengeksport peluru berpandu Spike ke Arab Saudi.
Laporan itu turut menyatakan bahawa bekalan peluru berpandu Spike ke Arab Saudi akan menghadapi bantahan di dalam wilayah jajahan Israel sendiri.
Kementerian keselamatan rejim Israel sendiri merupakan antara pihak yang membantah kontrak itu atas alasan bahawa senjata itu mungkin akan digunakan terhadap tentera Israel sekiranya Riyadh memnukar semula dasar mereka terhadap rejim Tel Aviv. -Agensi
3 Februari 2020 - 19:25
News ID: 1007577
Arab Saudi dilaporkan telah menunjukkan minat untuk membeli perluru berpandu jarak jauh berketepatan tinggi buatan Israel, Spike selari dengan usaha Riyadh untuk menormalkan hubungan mereka dengan rejim Tel Aviv