8 Februari 2020 - 18:26
Berlindung Di Sebalik Pesawat Awam, Usaha Israel TIngkat Ketegangan?

Tindakan rejim Israel yang didakwa membahayakan pesawat awam dengan 172 penumpang dalam serangan mereka ke atas Damysik menimbulkan desas-desus baharu yang mengatakan bahawa Tel Aviv secara sengaja mengambil langkah memalukan tersebut untuk meningkatkan ketegangan di wilayah berkenaan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tindakan rejim Israel yang didakwa membahayakan pesawat awam dengan 172 penumpang dalam serangan mereka ke atas Damysik menimbulkan desas-desus baharu yang mengatakan bahawa Tel Aviv secara sengaja mengambil langkah memalukan tersebut untuk meningkatkan ketegangan di wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Jumaat, Israel secara sengaja menyerang Damsik ketika pesawat penumpang itu sedang bersiap-sedia untuk mendarat.

Di sebalik kekacauan yang timbul akibat tindakan jenayah rejim Zionis, pesawat itu sempat meninggalkan "zon maut" yang menyaksikan pertembungan di antara peluru berpandu Israel dan Syria.

Pesawat Airbus 320 tersebut dilaporkan sedang melakukan penerbangan dari Tehran ke Damsyik pada hari Khamis ketika juruterbang menukar laluan pesawat untuk meninggalkan zon perang sekaligus menyelamatkan penumpang serta kru penerbangan.

Serangan Israel tersebut berlaku ketika tentera Syria berusaha keras membebaskan bandar Saraqib, Idlib yang diduduki oleh pengganas. -Press TV