Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - China telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa Beijing tidak akan teragak-agak untuk membalas atas tindakan Washington yang mempperkenalkan sekatan baru terhadap syarikat teknologi gergasi China, Huawei sambil menegaskan bahawa mereka akan mengambil "semua langkah yang perlu" untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat itu.
"China akan mengambil semua langkah yang perlu - secara tegas - dalam melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China," kata Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan pada hari Ahad.
Kenyataan itu selanjutnya menyifatkan langkah Amerika Syarikat sebagai "ancaman serius terhadap rantaian bekalan global," sambil menambah bahawa "China mendesak A.S untuk segera menghentikan tindakan yang salah." -Press TV
17 Mei 2020 - 18:45
News ID: 1037764
China telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat bahawa Beijing tidak akan teragak-agak untuk membalas atas tindakan Washington yang mempperkenalkan sekatan baru terhadap syarikat teknologi gergasi China, Huawei sambil menegaskan bahawa mereka akan mengambil "semua langkah yang perlu" untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat itu.