5 Julai 2020 - 15:53
Pegawai Iraq Berang Kartun Arab Saudi Hina Ayatullah Sistani

Para pegawai kerajaan Iraq mengecam penerbitan kartun yang menghina ulama Syiah terkemuka negara itu iaitu Ayatullah Ali Al-Sistani oleh sebuah surat khabar sambil menegaskan bahawa tindakan seperti itu dibuat setelah agenda Takfiri Riyadh mengalami kegagalan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Para pegawai kerajaan Iraq mengecam penerbitan kartun yang menghina ulama Syiah terkemuka negara itu iaitu Ayatullah Ali Al-Sistani oleh sebuah surat khabar sambil menegaskan bahawa tindakan seperti itu dibuat setelah agenda Takfiri Riyadh mengalami kegagalan.

Hadi Al-Ameri, Ketua Setiausaha Agung pertubuhan BADR yang menerajui pakatan Fatah (penaklukan) di Parlimen Iraq berkata dalam satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa rejim Riyadh telah sekali lagi menghina institusi keagamaan dan melintasi garisan merah melalui penerbitan kartun yang menghina itu oleh surat khabar Asharq Al-Awsat yang berpusat di London.

Agensi tersebut dimiliki oleh Arab Saudi.

Penerbitan imej seperti jelas mengguris perasaan jutaan warga Iraq dari kalangan penganut mazhab Syiah, Sunni dan agama Kristian yang menghargai peranan penting Ayatullah Sistani dalam memelihara kedaulatan negara tersebut daripada pencerobohan kumpulan pengganas Daesh Takfiri, kata Ameri yang dipetik oleh TV Al-Sumaria.

Beliau turut menyatakan bahawa penerbitan kartun seperti itu jelas menunjukkan hasrat rejim Saudi untuk meneruskan plot dan permusuhan mereka terhadap kesemua yang ingin mengekalkan perpaduan di bumi Iraq. -Press TV