Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mesyuarat ahli-ahli Persatuan Guru Hawzah Qom yang diadakan pada petang Jumaat, 11 Disember 2020, sebulat suara melantik Ayatollah "Seyyed Hashem Hosseini Bushehri" sebagai presiiden baru dengan majoriti suara anggota-anggota. Sementara itu, Ayatollah "Seyyed Ahmad Khatami" terpilih sebagai naib presiden pertama dan Hojjatol Eslam "Abbas Kaabi" sebagai naib presiden kedua institusi tertinggi ini.
Jawatan presiden sebelum ini disandang oleh al-Marhum Ayatollah Mohammad Yazdi, yang meninggal pada usia 89 tahun. Almarhum sebelum itu berkhidmat sebagai ketua Majlis Tertinggi Hawzah selama 10 tahun, kemudian berbakti pula dengan badan kehakiman, naib presiden Persatuan Guru dan setiausaha Majlis Tertinggi Hawzah, dari tahun 2007 hingga 2020.