Keadaan semasa semakin tegang dan dikhuatiri tragedi setahun lalu, di mana pertempuran antara warga Palestin dan Israel menyaksikan 'perang' yang berlanjutan selama 11 hari.
Menurut maklumat polis, kira-kira 70,000 orang nasionalis Yahudi itu berarak di jalanan bagi mengibarkan bendera sempena upacara meraikan ulang tahun penawanan Israel ke atas Baitulmaqdis timur pada 1967.
Beberapa peserta turut melaungkan slogan 'kematian kepada orang Arab', dibalas oleh sebilangan penduduk Palestin dengan melontarkan objek dari atas bumbung.