22 Oktober 2023 - 16:30
120 bayi inkubator berisiko selepas Israel potong bahan api Gaza

Lebih 1,750 kanak-kanak terbunuh akibat serangan Israel yang dilancarkan terhadap Semenanjung Gaza sebagai tindakan balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu,

 menurut kementerian kesihatan wilayah Palestin. Hospital menghadapi kekurangan ubat-ubatan, bahan api dan air bukan sahaja untuk ribuan individu yang cedera dalam lebih dua minggu perang antara pejuang Gaza dan Israel tetapi juga untuk pesakit rutin. Jurucakap UNICEF, Jonathan Crickx, berkata pada masa ini pihaknya mempunyai 120 neonat yang berada dalam inkubator, iaitu 70 neonat dengan pengudaraan mekanikal, dan ia memberikan kebimbangan.


342/