26 Oktober 2023 - 16:28
Jepun gesa Israel henti serangan ke atas Gaza

TOKYO: Jepun menggesa Israel menangguhkan serangannya ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.

Gesaan itu dibuat dalam pertemuan antara menteri luar Jepun dan duta Israel ke Jepun lewat semalam, menurut kenyataan kementerian itu hari ini.

Rabu lalu juga, Russia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS) yang mengusulkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya perang dihentikan seketika pertempuran, yang meragut ribuan nyawa.

Resolusi Russia yang menggesa gencatan senjata juga gagal.

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menenangkan konflik Asia Barat, kerajaan Jepun sedang membuat persiapan terakhir untuk menghantar Menteri Luar, Yoko Kamikawa ke Israel dan Jordan pada 2 hingga 5 November, lapor harian Asahi Shimbun. -