29 Januari 2025 - 15:19
Pembangunan Semula Gaza: Malaysia Akan Bina Hospital, Sekolah dan Masjid

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bagi membantu meringankan kesengsaraan yang ditanggung penduduk Palestin, Malaysia akan menggerakkan usaha bagi membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Perdana Menteri Malaysia berkata, usaha itu akan direalisasikan dengan menggembleng sinergi dan kerjasama semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta serta seluruh rakyat.


Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan Malaysia dan Jepun juga berjaya mencapai kesepakatan untuk menyegerakan usaha membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah yang terkesan Katanya, "Moga kewujudan dana khas ini akan mencapai misi dan matlamat yang kita rancang


"Titipkan doa dan harapan supaya Allah SWT terus memberi perlindungan buat Gaza dan Palestin serta memberkati setiap usaha dan pengorbanan kita dalam memberikan harapan baharu buat mereka, insyaAllah." kata beliau melalui aplikasi Facebook, hari ini.


Perdana Menteri berkata, perancangan pemulihan Gaza perlu dimulakan selepas pengumuman gencatan senjata di Gaza pada 19 Januari lalu, yang mana pembantaian kejam oleh Israel meragut lebih 46,000 nyawa dan menyebabkan lebih dua juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal.