Agensi Berita Ahul Bait (ABNA24.com) - Susulan serangan pengganas ke atas masjid Syiah di Arab Saudi pada hari Jumaat lepas, ratusan penduduk awam melancarkan tunjuk perasaan bagi mengecam serangan yang mengorbankan puluhan jiwa.
Para penunjuk perasaan membawa bendera-bendera simbolik Asyura mengutuk serangan ganas itu dengan laungan "Ya Husain!".
Selain itu, para penunjuk perasaan turut melaungkan slogan anti rejim Al Saud dan mengkritik dasar kerajaan yang melakukan banyak diskriminasi mazhab serta pencabulan hak asasi manusia.
Turut dikritik ialah media satelit seperti al-Risalah dan Iqra yang mempromosikan kebencian dan menyebarkan ajaran keganasan.
Beberapa orang penunjuk perasaan memakai pakaian pengganas IS (Negara Islam) dengan diikat rantai untuk menyatakan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.
Dalam serangan pengganas terhadap masjid Imam Ali (a.s) di kota al-Qadih, daerah Qatif, 21 orang jemaah terkorban ketika menunaikan solat jemaah.
Pengganas IS mengaku bertanggung jawab dalam serangan tersebut. Seramai 58 orang cedera manakala 12 daripadanya parah. Setakat ini 30 orang yang cedera telah meninggalkan hospital setelah menerima rawatan.













..............