Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Muhammad bin Naif bin Abdul Aziz dalam satu kenyataannya tentang pembentukan jawatankuasa anti pengganas di kalangan penduduk Qatif berkata, “Barangsiapa yang cuba mengambil alih peranan kerajaan akan dihukum, dan kami tidak gentar terhadap sebarang tuduhan.”
Tambah beliau lagi, “Kami sendiri yang akan mengawal keamanan dan barang siapa yang bertindak menyalahi undang-undang akan dihukum.”
Naif berkata demikian ketika melawat mangsa-mangsa pengeboman di masjid Imam Ali (a.s), Qudaih, wilayah Qatif.
Dalam kejadian hari Jumaat lalu, pengganas IS (Negara Islam) bertindak melancarkan serangan bom bunuh diri sehingga mengorbankan 21 jemaah yang sedang mendirikan solat. Selain itu lebih 100 orang mangsa yang lain mengalami kecederaan.
Pada masa yang sama ada pihak yang menuduh putera mahkota Naif sendiri yang menjadi dalang dalam serangan tersebut.
Setelah serangan penduduk awam kota Qatif bertindak melancarkan jawatankuasa untuk melindungi wilayah mereka dari penyusupan unsur-unsur pengganas.














.............