Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kes pembunuhan ulama terkemuka Syiah Mesir, Sheikh Hasan Shahata, bersama saudara lelaki, anak dan sahabatnya akhirnya telah disidangkan dalam mahkamah Mesir dengan keputusan 23 orang didapati bersalah manakala 8 yang lain dibebaskan.
Mahkamah Agung mendapati semua tertuduh telah membunuh empat pengikut mazhab Syiah dengan sengaja.
Nama-nama tertuduh ialah Muhammad Muhammad Barik, Abdul Mun'im Sabir, Husain Sha'ban, Khatib Abdul Zahir, Qadri Abdul Zahir, Sabir Ibrahim al-Sayes, Usamah Abdul Nabi, Sabir Huwih, Amru Yahya, Ali Ramashan Hassanin, Hasan Muhammad Ilbasha, Majdi Abdul Dayim Kamil, Ibrahim Khamis Muhammad, Sahatah Umarah Jum'ah, Hasan Ali Hasan, Mustafa Ali Hasan, Khalid Ali Abu Najm, Sabir Sa'id Ali, Abdul Wahhab 'Ashur, Abdul Wahhab Ashur, Muhammad Ismail al-Jamal, Ayman Muhammad Sabir, Ashraf Muhammad Husain, Muhammad Abdul Baqi Jibril, Ikrami Abdul Baqi, Saad Muhammad Saad, Sha'ban Muhammad al-Higaz, Mahmud Ibrahim, Imad Ahmad Abdul Majid, Ramadhan Ali Al-Akhras, Ahmad Abdul Ati al-Akhras, Sulaiman Taha Abu Najm.
Dalam kejadian pada 23 Jun 2013 lalu, ratusan pemuda di perkampungan Abu Muslim Giza Barat Kaherah merusuh dengan membunuh ulama Syiah Sheikh Hasan Shehata dan 3 orang yang lain. Jenazah Sheikh Hasan kemudian diseret ke lorong-lorong.











