25 Jun 2015 - 17:23
IS hukum mati anggota pengganas lain

Militan IS sembelih 12 pengganas di al-Qalamoun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dalam siri keganasan terbaru militan IS, 12 orang ahli kumpulan-kumpulan pengganas disembelih setelah ditawan.

IS memaklumkan kumpulan pengganas yang ditawan itu terdiri dari anggota Jaish al-Islam dan Jabha Nusra yang ditawan dalam pertempuran di Timur al-Qalamoun.

Salah seorang yang disembelih ialah Abu Mu'az, warga Tunisia.

IS juga memberi amaran keras bahawa anggota pengganas lain akan menerima nasib yang sama sekiranya tidak bertaubat.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kumpulan pengganas IS memperhebatkan serangannya sehingga menghampiri ibukota Syria.

Selain itu, pengganas IS turut berperang dengan kumpulan militan-militan lain sehingga ratusan anggotanya menemui ajal.

...............