9 Julai 2015 - 04:33
Pengawal Revolusi Quds gempur sarang pengganas di Sistan

Pasukan Pasdaran Iran gempur pusat gerakan pengganas di Sistan dan Balucistan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sarang pengganas yang berpengkalan di Sistan dan Balucistan telah digempur pasukan Pengawal Revolusi Quds dalam sebuah operasi pagi kelmarin.

Hamid Zardkuhi yang mengepalai kumpulan pengganas itu bersama empat pengikutnya dilaporkan terbunuh.

Kumpulan ini merupakan dalang utama huru hara yang tercetus di Iranshar, Selatan wilayah Sistan dan Balucistan.

Selain itu, kumpulan ini juga telah melakukan rompakan ke atas Bank Sedarat di Iranshahr, kedai emas di Mehristan dan menyeludup dadah secara besar-besaran.

Jenayah kumpulan ini telah menyebabkan kematian 14 orang penduduk awam termasuk seorang polis trafik di Iranshahr.