3 September 2015 - 03:33
Pengganas terkepung di Zabadani

Pengganas terkepung dalam kawasan sekecil 1 kilometer persegi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengganas Syria di Zabadani berada dalam keadaan terdesak apabila dikepung askar Syria dan pasukan Hizbullah dalam kawasan seluas kira-kira 1 kilometer.

Keputusan terakhir dalam fasa pembebasan kota ini ialah meneruskan operasi menyerang pengganas hingga ke detik terakhir.

Sementara itu askar Syria sedang mengukuhkan kedudukan mereka di kawasan yang sudah dibebaskan dari cengkaman pengganas ekoran skop medan pertempuran yang semakin mengecil.

Sumber tentera memaklumkan, "Askar Syria dan pejuang Hizbullah Lubnan sedang maju ke arah Madhaya yang terletak di kawasan pergunungan sekirat kota Zabadani bagi mengetatkan dan menyempurnakan kepungan."

Tambah sumber ini lagi, "Dengan adanya kepungan ini, penyusupan pengganas ke kawasan Zabadani adalah mustahil... Kejayaan operasi di Madhaya bakal menyebabkan kepungan menjadi lebih kecil dari satu kilometer dan pembebasan kota Zabadani menjadi lebih dekat."

Meskipiun begitu, sumber keselamatan Syria pada hari Khamis lalu melaporkan kawasan Zabadani sudah dikuasai askar kerajaan dan pejuang-pejuang Hizbullah setelah pengganas berundur ke kawasan Madhaya.

Kawasan terbabit akan diistiharkan sebagai selamat untuk ditempati setelah kerja-kerja mematikan bom selesai nanti.

Askar Syria dan pejuang-pejuang Hizbullah mula melancarkan operasi pembebasan Zabadani 11 bulan lalu.

Zabadani yang merupakan kota terbesar di Syria terletak di kawasan strategik antara Aleppo dan Alsahil. Kota ini kemudian ditakluki pengganas Ahrar Sham setelah berada dalam cengkaman pengganas IS. Kota ini dianggap sangat penting bagi menghubungkan jalan antara Damsyik dan Beirut.

.............