Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti akan bertindak memantau kemasukan penceramah bagi mengelak penularan fahaman yang berlawanan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), kata Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri itu berkata, usaha tersebut penting untuk menyekat penyebaran ajaran seperti Wahabbi dan Syiah di Kedah.
"Individu dikenal pasti akan disenaraikan bagi memastikan mereka tidak dipanggil mengadakan ceramah di sini, bertujuan utama untuk menjaga keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri Kedah di sini hari ini.
Walau bagaimanapun ada yang berpendapat pejabat mufti sendiri akan menghadapi masalah besar apabila penceramah Wahhabi juga mengaku sebagai ASWAJA seperti Abdullah Din yang masih bebas berceramah di Kedah. Selain itu, Timbalan Mufti Kedah sendiri juga dikesan menganuti sedikit fahaman Wahhabi apabila menuduh Syiah sebagai faktor terbunuhnya Imam Husain (a.s) di Karbala. Mufti Kedah sendiri juga dikesan terpengaruh dengan dakyah Wahhabi ketika mengulas konflik di Syria.