25 Oktober 2015 - 03:47
Cabar perlembagaan persekutuan, JAIS ancam bertindak ganas terhadap Syiah

JAIS di bawah Datuk Harsi Kasim semakin berani mencabar perlembagaan persekutuan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran akan bertindak ganas terhadap Syiah di negeri ini atas tuduhan kononnya menyimpang dari akidah Islam yang sebenar, menurut laporan BERNAMA.

Pengarah JAIS Datuk Harsi Kasim berkata, ini selaras dengan keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa fatwa Selangor pada 17 Oktobor 2013 bahawa ajarah Syiah menyimpang dari ajaran Islam, menurut pandangan pengikut Sunni.

"Mana-mana individu yang didapati mengamalkan ideologi Syiah akan dikenakan tindakan ganas kerana melakukan satu kesalahan di bawah undang-undang negeri Selangor dan disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, JAIS akan terus memantau aktiviti penganut ideologi tersebut melalui operasi bersama yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan polis, tertama sekali hari Asyura, satu peristiwa yang disambut oleh Syiah.

Beliau yang sakit hati dengan sambutan memperingati hari kesyahidan cucu Nabi meminta orang ramai menghubungi JAIS di talian 1800-88-2424.

Menurut seorang pakar undang-undang, tindakan JAIS menyerbu majlis memperingati kesyahidan Imam Husain (a.s) merupakan pelanggaran artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk beramal dengan mazhab Syiah, sedangkan mana-mana negeri tidak berhak menggubal undang-undang sesuka hati sehingga bercanggah dengan Perlembagaan tersebut.