22 November 2015 - 02:33
162,000 penziarah Arba'in bergerak dari sempadan Iran

Lebih satu juta penziarah telah mendaftar nama untuk ziarah Arba'in

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pegawai Kementerian Antarabangsa Iran berkata, "Hingga kini satu 1,250,000 telah mendaftar nama di Ibupejabat Penziarah Arba'in Husaini (Simah).

Babak Dinparast menambah, "Hingga hari ini 870 ribu orang penziarah telah mengajukan dokumen yang telah lengkap diisi".

Beliau memaklumkan tarikh akhir bagi menyerahkan permohonan ziarah hingga hari khamis ini.

Jurubicara Ibupejabat Penziarah menambah, "Di hari-hari akhir, sebanyak 161,368 telah keluar melalui sempadan Mehran, Salamce dan Cazzabe. Berbanding tahun lalu, penziarah meningkat sebanyak 3 setengah kali ganda. Ini menunjukkan pentadbiran yang baik membolehkan rakyat keluar secara berperingkat".

Dinparast memaklumkan, lapan hari pertama awal bulan Safar, sebanyak 192,626 passport baru telah dikeluarkan dan menambah, "Dalam persetujuan dengan para pegawai Iraq, telah diputuskan bahawa dokumen berkanun untuk keluar hanya dibenarkan melalui sempadan Salamce sahaja."