Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah laporan pemerhati hak asasi manusia yang menceritakan layanan buruk rejim Al Khalifah terhadap tahanan politik di penjara telah tersebar.
Berasaskan laporan ini, kekejaman di penjara Bahrain dan tahanan politik sejak tahun 2011 semakin berleluasa.
Dalam sebuah pertemuan perwakilan hak asasi manusia dengan salah seorang tahanan, Muhammad Badr berkata, "Pada tahun 2014 saya masuk ke Bahrain dari Syria, saya ditangkap dan ketika disoal siasat, saya dipukul dan mengalami kecederaan yang parah. Saya ditelanjangi, tangan saya diikat dan mata ditutup. Ketika inilah saya dipaksa menandatangani dokumen pengakuan."
Seorang lagi tahanan politik Bahrain menceritakan antara bentuk penyeksaan dalam penjara Bahrain ialah renjatan elektrik, dikurung dalam tempat yang amat sejuk, serangan seksual dan lain-lain lagi.
Wawancara dengan enam tahanan yang lain juga turut membongkar berbagai cerita ngeri dan dukacita di sebalik penyeksaan yang dilakukan ejen Al Khalifah.
Sheikh Ali Salman juga merupakan salah seorang tahanan politik Bahrain dan Setiausaha Agung parti al-Wefaq yang telah dihukum penjara selama 4 tahun.
Wawancara dengan pemerhati hak asasi manusia yang dilakukan hanyalah dalam bentuk telefon atau online kerana penguasa Bahrain tidak memberi visa kepada sebarang pertubuhan kemanusiaan.
Laporan akhir pertubuhan hak asasi manusia ini turut mengutuk tindakan kejam dan tidak berperi kemanusiaan Al Khalifah terhadap tahanan politik, sambil menganggap ianya bercanggah dengan hak asasi manusia yang diwartakan di peringkat antarabangsa.