25 November 2015 - 10:10
Komando Syria selamatkan juruterbang kedua Russia

Komando Syria dilaporkan berjaya menyelamatkan juruterbang kedua tentera Russia yang bersembunyi di sebalik garis pertahanan kumpulan pengganas di Lattakia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.ir) - Duta Russia ke Perancis hari ini memaklumkan kejayaan askar Syria menyelamatkan salah seorang dari dua juruterbang jet pejuang Russia yang ditembak kelmarin dan memindahkannya ke pengkalan tentera Russia di Lattakia, kata Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu.

Shoigu berkata, operasi bersama telah mengambil masa 12 jam dan beliau berterima kasih kepada semua anggota gerak khas yang terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

Sebelum ini duta Russia ke Perancis, Aleksandr Orlov memaklumkan berita ini dan menyatakan juruterbang tersebut mengalami kecederaan.

"Salah seorang di atas kapal cedera dan terjun ke bawah. Beliau dibunuh dengan tragik di atas tanah oleh pengganas di kawasan itu. Seorang lagi berjaya melarikan diri. Menurut maklumat beliau telah diambil oleh tentera Syria dan harus pulang ke Pengkalan Udara Russia," kata Duta Besar Aleksandr Orlov kepada Europe1 radio.

Televisyen al-Mayadeen pula melaporkan, sekumpulan komando Syria bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menyelamatkan juruterbang tersebut yang bersembunyi di sebalik garis pertahanan kumpulan pengganas, Utara Lattakia.

Sementara itu kumpulan pengganas mengistiharkan pembunuhan kedua-dua juruterbang tersebut malam tadi.