Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Vladimir Putin berkata, pemimpin Turki menyusun sistem pengukuhan gerakan Islam radikal di negaranya secara terancang.
Katanya lagi, "Isu ini tidak hanya dirujuk pada insiden serangan pesawat pejuangnya kelmarin, bahkan lebih dari itu apabila bukan hanya pihaknya sahaja menjadi saksi. Bahkan seluruh dunia telah melihatnya. Para pemimpin Turki sekarang telah lama menyokong golongan pelampau Islam demi mencapai cita-cita politiknya."
Beliau menegaskan bahawa Islam adalah agama yang besar di peringkat dunia dan menambah, "Kami sendiri bekerja menyokong Islam dan tidak akan berhenti untuk itu."
Sementara itu, Putin juga akan membuat keputusan samada ingin menamakan juruterbang Russia yang gugur kelmarin sebagai wira kerana berkorban demi mempertahankan negara dan kepentingannya.