Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketika Perdana Menteri Malaysia bersusah payah mengajukan formula sikap kesederhanaan dalam beragama di peringkat antarabangsa, seorang penceramah agama terkenal di Malaysia menunjukkan sikap ekstrem dalam statusnya di media sosial Facebook.
Kes terbaru, Nazmi Karim berkongsi sebuah klip video yang menunjukkan seorang individu berdakwah secara kasar kepada pasangan anak muda yang berdua-duaan di tepi jalan, dan mengulas, "Elok sound jer... Ckp banyak smack down". Individu dalam video tersebut turut mengancam pasangan muda tersebut dengan perkataan "sepak/tampar" dan dengan sengaja menyebarkan klip video tersebut dalam internet.
Status radikal ini mengejutkan banyak pihak kerana menunjukkan sikap kekerasan methodologi berdakwah yang dianjurkan al-Qur'an hendaklah secara bijaksana dan desakan yang baik sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Nahl ayat 125.

Perbuatan ustaz popular ini juga berpotensi menjatuhkan imej agama Islam yang selama ini terkenal menganjurkan perdamaian manakala ulama pula sepatutnya mewarisi akhlak mulia Rasulullah (s.a.w). Selain itu status dalam laman sosial facebooknya dan ceramah-ceramahnya juga banyak mengandungi sokongan terhadap pemberontakan di Syria yang diakui sumber keselamatan negara sebagai anjuran konspirasi Barat. Perbuatan ini dikhuatiri berpotensi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk pergi ke Syria dan bergabung dengan kumpulan militan di sana.