Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang penceramah radikal bakal diseret ke muka pengadilan setelah mencanangkan kata-kata berbaur fitnah terhadap seorang aktivis politik, Khalid Mohd Ismath.
Khalid dalam salah satu status di laman sosialnya menyebut, ustaz Nazmi Karim telah menuduh beliau sesat sejak mengikuti kuliah di universiti lagi. Menurut beliau lagi, Nazmi Karim juga pernah disaman dan kalah di mahkamah kerana mencanangkan fitnah terhadap beberapa orang ahli professional sebagai penganut ajaran sesat.
Berasaskan laporan ini, Khalid Mohd pernah berunding dengan setiausaha Nazmi namun ustaz radikal tersebut memberikan jawapan yang amat biadap.
Khalid kini bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nazmi Karim setelah mengambil kira fitnah-fitnah yang melampaui batas dalam klip video dan isi ceramahnya.
Nazmi Karim merupakan salah seorang ekstremis agama yang terang-terang memberikan sokongan terhadap pemberontak di Syria dalam kebanyakan ceramahnya. Terbaru ustaz radikal ini mengejutkan banyak pihak apabila mengeluarkan kata-kata "smackdown" pada salah satu status facebooknya dalam rangka mengajar umat Islam menjadi ekstremis.