Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mufti Ahlisunnah Iraq, Mahdi al-Sumaidaie kelmarin (Rabu 02 Disember 2015) mengumumkan ziarah Arba'in bagi mengenang 40 hari kesyahidan Imam Husain bin Ali (a.s) mempunyai nilai yang amat besar, kata beliau dalam wawancara bersama al-Furat News.
"Barangsiapa yang mengenali dan belajar sejarah Iraq, nescaya ia mengetahui dengan baik bahawa Iraq mempunyai nilai istimewa untuk manasik agama seperti Arba'in," jelas beliau.
"Kami menganjurkan umat Islam dari seluruh dan berbagai negara supaya hadir dalam festival ini. Rakyat Iraq juga percaya bahawa festival Arba'in menyumbang kepada penyatuan umat. Kami berharap negara ini menghindari sebarang perseteruan, pembunuhan dan pemusnahan," tegas beliau dalam wawancara tersebut.
Kementerian Pengangkutan Iraq memaklumkan jumlah penziarah Arba'in semalam berjumlah 26 juta orang manakala hari ini bilangan mereka akan meningkat sebanyak 27 juta.
Staristik kementerian tersebut juga menyebut sebanyak 60 peratus penziarah Arba'in yang masuk ke Karbala adalah kaum wanita.
Berasaskan laporan ini, lebih 60 negara terbabit dalam sambutan hari Arba'in di negara ini, hari ini walaupun pengganas Wahabi sudah berkali-kali melancarkan serangan bom untuk mencegah umat Islam mengunjungi Karbala. Sementara itu 35 ribu pasukan keselamatan telah dikerah untuk menjaga keselamatan para penziarah.