Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berbekalkan semangat kasih sayang dan persaudaraan sesama insan yang diajar oleh Nabi Isa (a.s), pengikut agama Kristian bertindak mendirikan khemah untuk menyediakan makanan secara percuma kepada para penziarah Arba'in di Iraq.
Sambil menaikkan gambar Nabi Isa (a.s), kumpulan penganut agama Kristian ini memaparkan tulisan, "Kami ucapkan takziah atas kesyahidan Imam Husain (a.s) kepada dunia Islam."
Selain nasi, mereka turut menyediakan minuman, buah dan lain-lain lagi kepada para penziarah Arba'in.
"Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani. Demikianlah al-Qur'an, surah al-Ma'idah ayat 82 menceritakan betapa mesranya sebahagian orang Kristian terhadap kaum mukminin.





.........................