11 Disember 2015 - 01:40
Jumlah anggota ISIS meningkat sejak Jun 2014

Kumpulan Risikan yang berpengkalan di New York memberi amaran kebanjiran militan dari 86 negara yang membuktikan kempen terrorisme dapat pengaruhi masyarakat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jumlah bilangan anggota kumpulan pengganas ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) yang datang dari 86
negara meningkat dua kali ganda sejak Jun 2014, menurut Presstv yang memetik laporan Soufan Group, New York.

Berasaskan laporan ini, Perunding risikan Soufan Group menyatakan statistik antara 27,000 dan 31,000 pengganas dari 86 negara datang ke
kawasan konflik untuk bergabung dengan gerombolan ISIS.

Risikan yang berpengkalan di New York itu berkata, statistik tersebut berasaskan rekod kemasukan militan asing ke Iraq sejak tercetusnya konflik
terrorisme di Mosul. Statistik ini juga membuktikan anggota ISIS mengalami peningkatan mendadak sebanyak 12,000 orang.

"Fenomena kebanjiran militan asing dari Iraq dan Syria adalah benar-benar bersifat global," kata kumpulan risikan ini sambil memberi amaran
bahawa sekurang-kurangnya 5,000 militan telah datang dari negara Eropah, 4,700 dari Soviet Union untuk bergabung dengan ISiS.

Peningkatan ini menunjukkan kumpulan pengganas ISIS berupaya mempengaruhi orang awam untuk bergabung dengan mereka walaupun kempen
anti ISIS giat dilancarkan diseluruh dunia.