Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sambil mengucapkan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana menyiarkan laporan polis beliau terhadap Ketua
Pemuda UMNO Kedah, Abdullah Hasan mengecam penceramah radikal Abdullah Din yang dikatakan jahil Perlembagaan Persekutuan. Abdullah Hasan yang
dikenali sebagai ketua Syiah Kedah menyatakan demikian dalam laporan polis pada Sabtu lalu, 12/12/2015, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Laporan ini juga menyebut Abdullah Din bertindak melulu menyokong kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah yang menuduh terdapat penyebaran Syiah di
masjid-masjid di sekitar Kedah serta Pendang sebagai pusat penyebarannya. Abdullah Hasan berkata, selama ini beliau dan beberapa pengikut mazhab Syiah
telah membuat akuan bersumpah bahawa mereka taat pada Perlembagaan Persekutuan yang mengizinkan pengamalan namun melarang penyebaran mazhab
tersebut.
Abdullah Din yang jahil Perlembagaan Persekutuan dalam Sinar Harian meminta kerajaan negeri bertindak tegas terhadap individu yang mengikuti mazhab Syiah
berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2013. "Fatwa mengenai kesesatan ajaran Syiah terpakai untuk mereka," dakwa Abdullah Din.
Meskipun begitu Abdullah Hasan menegaskan enakmen negeri yang digubal setelah hari merdeka tersebut tidak ada kena mengena dengan pengikut mazhab
Syiah kerana digubal setelah "hari merdeka" dengan isi kandungan yang bercanggah dengan perlembagaan tertinggi persekutuan sedangkan perlaksanaannya
terhadap pengikut Syiah adalah tidak sah dan boleh dicabar di Mahkamah Tinggi Persekutuan.
Menurut Perlembagaan Persekutuan perkara 4, “This Constituition is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is
inconsistent with this Constituition shall, to the extent of the inconsistency, be void” Justeru pindaan Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri
yang tidak selaras atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 11 (1) adalah tidak sah dan terbatal.
Selain itu Abdullah Hasan memberi amaran kepada Abdullah Din supaya meneliti kembali Akta Jenayah berkaitan dengan agama Penel Code 574, perkara 298
(A) dan bersedia menerima akibat buruk hasil fitnah yang dilancarkannya. Beliau juga meragui apakah Abdullah Din benar-benar seorang Ahlisunnah Asyairah atau seorang ejen Wahabi yang sedang merosakkan pemikiran Sunni di Kedah dengan platform anti Syiah. Oleh itu, beliau mencabar pihak berkuasa agama di bawah kerajaan negeri memeriksa akidah Abdullah Din terlebih dahulu sebelum membiarkannya mendabik dada sebagai Ahlisunnah Wal Jamaah yang sebenar bagi orang awam terkeliru.
Negara Malaysia telah mengiktifar mazhab Syiah secara rasmi dalam Deklarasi Amman, Jordan yang ditandatangani Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi yang juga pengerusi OIC pada tahun 2005. Kumpulan radikal Sunni dan Wahabi kecewa apabila gerakan anti Syiah yang mereka
lancarkan telah tumpas apabila beberapa orang pengikut mazhab Syiah membuat akuan bersumpah untuk taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan Yang
Dipertuan Agong. Selain itu gerakan anti Syiah telah menyusahkan kerajaan Malaysia apabila beberapa orang ahli akademik mengesahkan ramai rakyat Malaysia
telah menyertai pengganas IS dan ada yang telah pergi ke Syria untuk membunuh orang Syiah.