15 Disember 2015 - 03:50
Lebih 100 anggota pengganas Jaish al-Fateh terbunuh di Hama

Kumpulan pengganas mengakui mengalami kekalahan berat dalam serangan terhadap pos-pos kawalan tentera di Hama

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Syria membalas serangan hendap gerombolan pengganas Jaish al-Fateh di wilayah Hama. Dalam insiden ini lebih dari 100 anggota kumpulan tersebut maut, lapor Fars News Agency.

Berasaskan laporan berita ini, kedudukan tentera kerajaan di pos-pos kawalan al-Bowida, al-Masasneh, Zilin, al-Mahroukah, Zour dan al-Zalaqiyat utara Hama diserang pengganas, malam Ahad lalu.

Sumber itu menambah, tentera membunuh lebih daripada 100 pengganas dan memusnahkan 2 kereta perisai yang dilengkapi senjata api berta.

Sementara itu di dalam laman sosial Facebook, kumpulan yang sama mengakui kegagalan mereka menyerang pos kawalan tentera tersebut, selain mengeluh akibat mengalami kerugian yang besar.

Mustafa Adel al-Melhem yang dikenali sebagai pemimpin Jaish al-Izza, Khaled Shahwan, Ibrahim Salah Hasoud, Mahmoud Mukhtar al-Rajo dan Zafer al-Bakkour adalah antara anggota pengganas yang dikenal pasti antara mayat-mayat pengganas.