16 Disember 2015 - 01:07
Kait Ibnu Taimiyah dengan terrorisme, Shahidan Kassim kecam Datuk Ayob Khan dan Zamihan

Akibat terlalu geram dengan pendedahan ajaran terrorisme dalam pemikiran Ibnu Taimiyah, Facebook Shahidan Kassim mengecam Datuk Ayob Khan dan Zamihan dalam statusnya

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berang dengan pendedahan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism mengenai kaitan terrorisme dengan ajaran Ibnu Taimiyah, satu akaun Facebook yang dipercayai kepunyaan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengecam Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  sebagai "Ayubi" dan ustaz Zamihan sebagai "zamihun al gua batu" dalam salah satu status laman sosial Facebook.

Setelah menuduh tindakan kedua-dua penjawat awam tersebut tidak mempunyai bukti kukuh, akaun Shahidan Kassim tersebut menyatakan kesediaannya untuk menyiasat kebenarannya.

"Saya akan siasat kebenaran cerita...Apakah fahaman pengarah ini dan ustaz al gua?Shiah?," kata Shahidan melepaskan geram.

Konflik yang melanda pengikut ajaran Wahabi dan Asyairah semakin parah apabila pertubuhan ASWAJA menganjurkan Seminar Negara Islam Jihad vs Militan pada 13 Disember lalu.

Ibnu Taimiyah merupakan radikal Sunni yang terkenal dengan sikap mengkafirkan dan menghalalkan darah umat Islam yang tidak sama pemikiran dengannya. Militan IS banyak merujuk kepada kata-kata Ibnu Taimiyah dalam redaksi majalah Dabiq, keluaran kumpulan pengganas tersebut.