Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang pekebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini kerana memiliki buku berkaitan dengan mazhab Syiah pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Hairudin Abdullah, 47, yang berasal dari Senggarang, Batu Pahat didakwa memiliki buku bertajuk 'Kebangkitan Asyura Dalam Ucapan Dan Perutusan Imam Khomeini' karya Ayatullah Ruhullah Khomeini yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah dalam kereta di hadapan restoran di Jalan 1/1, Taman Sri Impian di sini, kira-kira 6 pagi, 3 Disember 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 iaitu menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama dengan tidak mematuhi Perenggan 5 Sub IX Fatwa No 4031/2014 bertarikh 9/10/2014.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Noorul Badariah Abdul Majid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Syarie Syazwan Mohd Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 16 Mac depan untuk sebutan semula bagi lantikan peguam.
Beberapa negeri di Malaysia telah menggubal undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bagi memaksa pengikut mazhab Syiah menuruti ajaran Islam versi Sunni yang cenderung ke arah ekstremisme atau Wahabi.