24 Januari 2016 - 14:11
Hank Johnson bongkar gerakan Wahabi Arab Saudi taja terrorisme

Anggota Kongres Hank Johnson bongkar gerakan Wahabi yang didukung Arab Saudi telah menaja keganasan di negara-negara lain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Gerakan Wahabi yang dipelopori Arab Saudi telah terbukti menaja ekstremis Muslim di negara-negara lain. Itulah yang dibongkarkan senator Demokrat dari Georgia, Hank Johnson dalam sebuah debat mengenai isu Wahabi dan perkara ini diakui sahih oleh mantan Setiausaha Pertahanan Perisikan Amerika, Michael Vickers.

Hank Johnson dalam klip video yang bertarikh 12 Januari itu turut menyatakan betapa pentingnya anasir politik yang menjadi dalang terhadap kemunculan esktremis Muslim ditangani segera.

Menurut Johnson lagi, gerakan Jihadi amat rapat dengan ajaran Wahabi di mana al-Qaeda dan ISIS merupakan berasal dari Wahabisme.

Seterusnya beliau melanjutkan bahawa fahaman Wahabi adalah satu aliran Sunni Islam yang muncul dari sebuah negeri dan kemudiannya dikenali sebagai Arab Saudi.

Beliau membuat kesimpulan bahawa fahaman Wahabi akhirnya melahirkan gerombolan pengganas ISIS.

Sementara itu, Mantan Timbalan dan Pemangku Pengarah CIA, Michael Morell berkata, perbicangan dengan kerajaan Arab Saudi pelu diadakan untuk membahaskan sokongan negara itu terhadap fahaman Wahabi dan bagaimanakah cara merawat isu ini.