30 Januari 2016 - 16:11
Serangan bom bukan kali pertama dan terakhir

Ulama Wahabi mengancam serangan bom terhadap Syiah akan berterusan

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Penceramah Wahabi terkenal, Abdul Aziz Fawzan menyifatkan serangan bom di masjid Imam Ridha (a.s) di Ahsa, selepas solat Jumaat kelmarin sebagai bukan kali pertama dan terakhir selagai kerajaan Safawi Iran mengistiharkan perang terhadap Islam.

Abdul Aziz berkata demikian dalam siaran televisyen al-Risalah, yang terkenal melancarkan kempen sektarianisme.

Beliau turut menyimpulkan, serangan bom ini bukan berpunca dari sikap ulama Wahabi yang mengkafirkan orang lain dan menghalalkan darah mereka, tetapi disebabkan gerakan anti Syiah merupakan perkara biasa dengan serangan seperti ini dan ia akan berterusan.