1 Februari 2016 - 14:14
Tentera Saudi yang ditawan; Yaman bukan musuh kita

Tentera Saudi yang ditawan mengakui telah disuap dengan berita palsu tentang Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang tentera Saudi mengungkapkan rasa bersyukur dan gembira apabila mendapat layanan yang baik selama dalam tawanan pihak berkuasa Yaman.

Mat'ab bin Awwadh al-Maliki yang ditawan pada 28 Januari lalu berkata, "Jauh bezanya antara apa yang mereka sampaikan kepada kami dengan kenyataan."

Sambil mencabar beliau berkata kepada kerajaan rejim Saudi, "Saya tuntut agar kamu hentikan peperangan dan mulakan pertempuran dengan musuh yang sebenar. Yaman bukanlah musuh kita."

Setakat ini, beliau adalah tawanan yang ke enam yang diwawancara dan disiar dalam televisyen al-Maseera.

Sejak beberapa bulan lalu, rejim Arab Saudi mengepalai kempen ketenteraan ke atas Yaman dengan melancarkan serangan udara ke atas rumah-rumah, hospital, sekolah dan lain-lain sehingga mengorbankan kira-kira 10,000 penduduk awam.

null

................