Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam wawancara bersama akhbar El Pais mendedahkan lebih 80 negara terutamanya Turki dan Arab Saudi membekalkan dana, logistik dan bantuan material kepada kumpulan-kumpulan pengganas di Syria.
Presiden Syria menggambarkan penajaan asing sebagai aktif dan tanpa had. Ada negara asing menyokong pengganas secara langsung dengan dana, bekalan logistik, persenjataan dan latihan militan sedangkan yang lain aktif memberikan sokongan politik.
Bashar juga menuduh Saudi sebagai penyalur utama dana untuk militan-militan yang ingin menggulingkannya. Beliau menegaskan komuniti antarabangsa perlu menghalang beberapa negara terutamanya Turki dari mengirim pengganas terlatih atau bekalan logistik kepada militan sekiranya ingin melihat gencatan senjata yang cekap berlangsung di Syria.