29 Februari 2016 - 16:14
250 militan menyerah diri kepada tentera Syria

Jumlah anggota kumpulan pengganas yang menyerah diri kepada tentera kerajaan semakin meningkat

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sekitar 250 militan meletak senjata seraya menyerah diri kepada pihak berkuasa Syria di Selatan Dara'a.

Mantan-mantan militan tersebut sebelum ini berperang di Selatan negara ini ketika tentera kerajaan meluaskan penguasaannya ke beberapa kawasan.

Kebanyakan daripada 250 militan tersebut datang dari daerah Sanamein termasuk dari 130 kampung di Kefr Shamd.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 59 militan dari kawasan Damsyik dan Idlib berpaling tadah dengan berpihak kepada kerajaan Syria dan memerangi pengganas.

Sementara itu 27 militan Takfiri meletak senjata dan menyerahkan diri kepada tentera kerajaan di Homs, Hama dan Idlib pada bulan Februari.

Laporan menunjukkan sekitar 157 militan menyertai pasukan sukarela untuk menentang pengganas pada Disember tahun lalu.

Hingga kini 117 militian yang diburu pihak berkuasa telah menyerah diri dan mendapat keampunan dari kerajaan Damsyik.

Pada bulan Januari, 86 militan yang diburu pihak berkuasa dari Damsyik dan Aleppo bertindak meletakkan senjata.