2 Mac 2016 - 02:43
Syria gempur kedudukan ISIS, pengganas Malaysia antara yang terbunuh

Rakyat Malaysia antara pengganas yang dikenal pasti terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Syria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Angkatan Tentera Udara Syria melancarkan serangan ke atas kedudukan penganas yang berhimpun di kota al-Qaryatain dan perkampungan Mahasa yang berada di antara jalan menuju ke Timur Homs dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Syria News Agency melaporkan serangan tersebut memusnahkan kenderaan dan sarang pengganas ISIS yang menyebabkan kematian anggota kumpulan terbabit.

Sementara itu Agensi Berita Fars melaporkan kumpulan pengganas ISIS turut menyerang universiti al-Jazeera sehingga tercetus pertempuran yang sengit dengan tentera kerajaan. Dalam serangan ini 25 orang anggota ISIS dilaporkan terbunuh manakala selebihnya terpaksa melarikan diri akibat menerima kekalahan yang parah.

Dalam masa yang sama, anggota ISIS terpaksa berundur dari kedudukan mereka di hotel Firat al-Sham setelah 18 anggota mereka terbunuh.

Beberapa mayat anggota pengganas asing telah dikenal pasti berasai dari Arab Saudi, Malaysia, Iraq, Maghribi dan Mesir.