4 Mac 2016 - 16:57
Terowong bawah tanah ISIS di Sinjar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kira-kira 70 terowong bawah tanah sedalam 70 kaki yang digali kumpulan pengganas ISIS berjaya dikenal pasti di Sinjar. Terowong-terowong tersebut dipercayai menjadi laluan dan persembunyian anggota pengganas ketika berlindung dari serangan udara. Penemuan ini membangkitkan kebimbangan sekiranya masih banyak lagi terowong seperti ini telah dibangunkan di beberapa kota lain.