12 Mac 2016 - 14:02
Sepupu Sheikh Nimer akan menjalani hukuman mati

Kerajaan Saudi akan melaksanakan hukuman mati ke atas empat aktivis politik dalam masa terdekat ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Akhbar Okaz meramalkan regim Saudi akan melaksanakan hukuman gantung sampai mati ke atas empat rakyatnya.

Televisyen al-Manar juga melaporkan hukuman mati ke atas individu ini berdasarkan dokumen yang dikeluarkan mahkamah Arab Saudi pada tahun ini.

Aktivis politik, Muhammad al-Nimer dalam status laman sosial Twitternya menyatakan maksud empat tahanan yang dilaporkan Okaz ialah Ali al-Nimer yang merupakan sepupu al-Marhum Sheikh Nimer, Abdullah al-Zahid dan Daud al-Marhun yang merupakan penduduk al-Awwamiyyah, kota Qatif, manakala salah seorang daripada mereka berasal dari Utara Arab Saudi.

Beliau menambah, maklumat politik menunjukkan perlaksanaan hukuman tersebut sudah hampir dan pihak rejim sengaja tidak menghebahkannya kepada masyarakat.

Jumlah tahanan politik Saudi yang dihukum mati hingga kini berjumlah 47 orang.