12 Mac 2016 - 14:05
Tiga penyerang Paris dalam fail rekrut IS

Nama tiga penyerang Paris tersenarai dalam dokumen sulit militan IS yang dibocorkan.

TIGA penyerang Paris dalam dokumen militan IS, dari kiri; Foued Mohamed-Aggad, Omar Ismail Mostefai dan Samy Amimour.

BERLIN: Nama tiga penyerang Paris tersenarai dalam dokumen sulit militan IS yang dibocorkan baru-baru ini, menurut laporan media Jerman.

Ketiga-tiga individu terbabit melaksanakan serangan paling teruk di teater Bataclan menyaksikan 90 orang maut.

Dokumen sulit IS itu diperoleh media Jerman, United Kingdom dan pembangkang Syria dan ia menyenaraikan beribu-ribu nama militan daripada sekurang-kurangnya 40 negara.

Pihak berkuasa Jerman sebelum ini berkata, dokumen itu boleh dianggap tulen. Secara kasar, 22,000 pejuang disenaraikan dokumen terbabit dan ada satu fail untuk setiap pejuang yang memperincikan nama, alamat dan maklumat lain.

Antara yang tersenarai adalah Samy Amimour, Foued Mohamed-Aggad dan Omar Ismail Mostefai.

Mereka adalah tiga lelaki bersenjata yang menyerang Bataclan ketika satu konsert kumpulan rock Eagles of Death. - Agensi