SH Mohamed Idris sifatkan gesaan ustaz Takfiri untuk haramkan perkahwinan Syiah sebagai kurang ajar dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SH Mohamed Idris menyifatkan desakan Abdullah Din kepada agensi agama tempatan bagi mengharamkan perkahwinan Syiah sebagai tindakan biadab dan bertentangan dengan Islam.
Menurut beliau lagi, ulama terpelajar dan terhormat bersetuju bahawa Syiah adalah Muslim seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pada tahun 2005, satu persidangan antarabangsa yang dihadiri 200 ulama terkemua dan pemimpin dari 50 negara telah mengeluarkan perintah berikut:
Barangsiapa yang menganut salah satu dari empat mazhab perundangan Islam Sunni (Hanafi, Maliki, Shafi'i dan Hanbali), dua mazhab perundangan Islam Syiah (Ja'fari dan Zaydi) adalah Muslim. Mengistiharkan individu tersebut sebagai murtad dalam mustahil dan tidak diizinkan.
Keputusan ini berdasarkan pendapat yang dikeluarkan oleh 23 ulama terkemuka dan institut termasuk Shaykh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi dari Qatar, Shaykh Al-Azhar al-Marhum Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Mufti Besar Syria al-Marhum Shaykh Ahmad Kuftaro, Mufti Muhammad Taqi Uthmani dari Pakistan dan Akademi Fikah Saudi Arabiya.
Keputusan ini juga telah didokumentasikan di bawah tajuk Amman Message yang tleah disahkan oleh 500 ulama dan pemimpin politik termasuk bekas Perdana Menteri kia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu yang Bakar dan Profesor Ulung Dr Kamal Hasan.
Persidangan Menteri-menteri Luar Islam, pada tahun 2007, menerima pakai resolusi tersebut dan merestui Mesej Amman yang telah diedarkan sebagai dokumen PBB.
Berkata kepada ustaz-ustaz anti Syiah, beliau memberi amaran bahawa musuh-musuh Islam sedang menyemai benih perpecahan di kalangan umat Islam melalui dasar dan berbagai pelan strategi. Begitulah juga terdapat kuasa-kuasa tertentu bertujuan untuk mengeksploitasi Sunni-Syiah dan membahagi Arab-bukan Arab untuk menggalakkan dasar dan objektif mereka dalam dunia Islam. Pemusnahan Syria, Iraq, Yaman dan Libya, konflik sektarian yang huru hara di sana menjadi saksi kemenangan strategi musuh-musuh Islam dan Muslim.
Beliau turut mencadangkan mufti-mufti negeri dan kerajaan hendaklah mengambil tindakan bagi mencegah hasutan konflik mazhab oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan individu perseorangan. Kerajaan hendaklah melaksanakan cadangan Akademi Antarabangsa bahawa pihak berkuasa berkaitan di negera Islam perlu mengambil langkah pencegahan dengan percetakan, pengedaran dan hebahan penerbitan di dalam jabatan-jabatannya.
Pada 21 April lalu, Takfiri Wahhabi bernama Abdullah Din mengusulkan mufti-mufti mengharamkan perkahwinan Syiah, sekaligus mengisyaratkan kekafiran mazhab tersebut. Ketika ini, jabatan agama Islam negeri Selangor, Perak dan Kedah telah mempunyai untuk tidak membolehkan pernikahan yang berwalikan pengikut mazhab Syiah.
Meskipun begitu, Universiti al-Azhar yang mewakili dunia Ahlisunnah bertegas membolehkan perkahwinan antara Sunni dan Syiah kerana pada dasarnya perkahwinan tersebut melibatkan Muslim dengan Muslim, bukannya Muslim dengan Non Muslim.