Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Khatib solat Jumaat Tehran, Hujjatul Islam Sadeghi mengutuk tindakan Amerika yang melanggar perjanjian nuklear dan merampas harta rakyat Iran.
Beliau menegaskan wujudnya tanggung jawab dalam menghadapi Amerika iaitu menurut hukum dalam Islam, kita tidak boleh berkompromi dengan negara tersebut.
Selain itu, Sadeghi menyentuh tentang ulangtahun hari Bi'thah Rasulullah (s.a.w) di zaman jahiliyah yang menjulang panji-panji konfrontasi dengan kuasa angkuh.
Tambah beliau lagi, "Perjuangan menentang jahiliyah dan thaghut sudah wujud di setiap zaman. Di era perutusan Nabi Muhammad (s.a.w), terdapat Abu Sufyan, Abu Jahal dan Abu Lahab yang mewakili jahiliyah. Hari ini kita menghadapi berbagai haluan yang berbeza dan penampilannya adalah Amerika."
Dalam bahagian khutbahnya yang lain, Sadeghi menyentuh tentang hari buruh antarbangsa di mana para pekerja Iran telah membuktikan kejayaan mereka dalam menghadapi ujian-ujian dalam situasi kemelut politik antarabangsa yang menimpa negara itu.
Beliau menyifatkan para pekerja Iran menunjukkan teladannya buat negara-negara lain apabila sanggup menyabung nyawa dan bekorban demi revolusi dan Islam.