6 Jun 2016 - 17:27
Unsur kejahatan sudah meresap dalam kerajaan Pakistan

Syiah Pakistan melancarkan mogok lapar kerana kerajaan berada di sebalik lindungan Arab Saudi, Amerika dan Zionis. Selagi kerajaan masih belum lurus, maka situasi di negara ini tidak akan lurus.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Nuri Hamdani berkata, "Kerajaan Pakistan tidak mengambil sebarang tindakan dalam menghadapi kes-kes pembunuhan Syiah. Ulama Pakistan harus bangkit dan menggerakkan organisasinya supaya kerajaan ini menjadi lurus. Kuasa besar dunia yang dibentuk dari England, Amerika, Jerman, Perancis dan Zionis bersatu dan kita juga perlu bersatu."

"Arab Saudi meletakkan dana minyak dan gas untuk menyokong kumpulan-kumpulan Takfiri dan mewarnakan mereka sebagai agama. Sedangkan Al Saud menganggap Syiah lebih hina dari Yahudi dan Kristian. Jangan harap situasi dunia Islam dapat diperbaiki.

"Setiap tahun Arab Saudi mencetak al-Qur'an dan mengedarkannya ke berbagai negara. Namun ia tidak beramal dengannya. Al-Qur'an berkata sekiranya seorang dibunuh maka diibaratkan ia telah membunuh semua orang. Namun kita melihat Arab Saudi mencetak al-Qur'an dan menumpahkan darah wanita, kanak-kanak dan orang awam Yaman.

"Masjidul Haram tidak tertakluk kepada Arab Saudi semata-mata, bahkan ia adalah milik Allah. Allah berfirman bahawa masjid ini kepunyaan orang ramai. Namun Arab Saudi menumpukan perhatian bagi membunuh manusia dengan kekuatan dan kemungkinan yang ada demi mematuhi kehendak Amerika dan Zionis.

"Kemuliaan manusia amat tinggi, dan kita meminta ia menjaganya. Oleh kerana kita ingin menjaga kemuliaan diri, maka perlaksanaan ibadah haji ketika tiada keamaanan bukanlah wajib. Arab Saudi tidak menerima jemaah haji kita kerana berlindung di sebalik kemesraan Amerika dan rejim Zionis dan kemudahan mereka," tutur beliau.

Tambahnya lagi, "Syiah dan Sunni di Pakistan bersatu, namun kejahatan sudah hadir dalam kerajaannya. Syiah Pakistan melancarkan mogok lapar kerana kerajaan berada di sebalik lindungan Arab Saudi, Amerika dan Zionis. Selagi kerajaan masih belum lurus, maka situasi di negara ini tidak akan lurus."