Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - PBB hari ini meneliti usulan Riyadh bagi menyingkirkan pakatan negara-negara Arab yang dikepalainya dalam senarai hitam kerana menyerang Yaman sehingga menyebabkan ratusan kanak-kanak terbunuh.
Laporan Children And Armed Conflict (CAAC) pada hari Khamis lalu menyebut, pakatan Saudi telah bertanggung jawab dalam 60% krisis di Yaman sehingga menyebabkan kematian 510 orang kanak-kanak dan 667 yang lain pada tahun lalu.
"Sementara menunggu kesimpulan kajian bersama itu, buat sementara waktu Setiausaha Agung telah menyingkirkan pakatan Saudi dalam laporan tersebut," kata Ban, sambil menambah keputusan itu diambil walaupun laporan tersebut mempunyai tahap ketepatan yang amat tinggi.
Ban berkata, beliau telah menjemput Arab Saudi untuk deligasinya ibupejabat PBB untuk perbincangan terperinci mengenai perkara tersebut lebih awal sebelum perbincangan Majlis Keselamatan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos ini.
Laporan CAAC menyebut bahawa Saudi telah menjalankan operasi serangan udara terhadap sekolah dan sarana kesihatan.
"Pelanggaran besar terhadap kanak-kanak meningkat secara mendadak akibat konflik yang semakin parah," kata laporan tersebut.