12 Jun 2016 - 18:02
Iran akan saman AS di mahkamah antarabangsa beberapa hari lagi

Menteri Luar Iran mengumumkan pihaknya akan memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat kerana mencuri aset rakyatnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Luar Iran berkata Republik Islam tersebut akan memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat di mahkamah antarabangsa kerana mencuri 2 bilion aset rakyatnya beberapa hari lagi.

Mohammad Javad Zarif berkata demikian dalam sesi terbuka Parlimen kelmarin ketika membentangkan laporan mengenai proses perlaksanaan perjanjian nuklerar, pelaburan asing, cabaran dan peluang dalam menghadapi rintangan ekonomi negara.

Zarif menganggap rakyat Iran menunjukkan sikap resistensi yang gigih dalam kemelut sekatan ekonomi sehingga kuasa-kuasa dominasi global sentiasa menganggap republik Islam itu sebagai halangan dalam merealisasikan mimpi indah mereka.

"Sudah tentu ini tidak bermaksud semua penentangan sudah berakhir dan penindasan terhadap republik Islam Iran tiba di penghujungnya. Ini disebabkan sikap negara-negara lain tidak berubah selama kita berunding dengan mereka tentang hal ehwal yang tidak berkaitan dengan nuklear."

Mengenai tindakan kerajaan Saudi yang enggan memberikan visa kepada jemaah haji Iran tahun ini, beliau menjelaskan rakyat Iran tidak akan hadir dalam penunaian ibadah haji tahun ini bagi memelihara maruah negara dan warganya.